BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 19, 2009

Pengenalan




PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

  1. Persatuan Pelajar Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional menganjurkan Pertandingan Cereka Pendek & Dokumentari UNITEN 2009.
  2. Program ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Tenaga Nasional.



TUJUAN

  1. Memberi ruang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka melalui penerbitan filem / video yang akan ditayangkan kepada umum.
  2. Menggalakkan dan mempromosi penerbitan filem / video pendek sebagai salah satu produk perfileman di Malaysia.
  3. Menggalakkan dan mempromosi filem / video pendek Malaysia untuk diketengahkan dan dipertandingkan di dalam festival-festival filem dalam mahupun luar negara.



OBJEKTIF

  1. Memperkukuhkan nilai-nilai dan identiti kebangsaan serta seni, budaya dan warisan peradaban bangsa melalui filem bagi melahirkan industri kandungan tempatan yang memiliki jati diri yang tinggi.
  2. Menerapkan sifat kepimpinan dan meningkatkan kreativiti para peserta.
  3. Menimbulkan kesedaran dalam diri peserta dan penonton melalui lakonan yang dipertandingkan.
  4. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.
  5. Menerapkan konsep kemanusiaan kepada peserta dan penonton melalui lakonan yang disampaikan.

Friday, July 17, 2009

Kategori

KATEGORI PERTANDINGAN

Filem Cereka Pendek


Tema-tema yang dipertandingkan ialah:

  • Kasih sayang
  • Budaya/Warisan
  • Pembangunan masyarakat
  • Alam Sekitar
  • Isu semasa
  • Isu-isu remaja
  • Perayaan
  • Emansipasi wanita
  • Futuristik
  • Perpaduan

Filem Dokumentari
  • Tema Bebas
Anugerah Khas yang turut dipertandingkan ialah:

Filem Cereka Pendek
  • Anugerah Pengarah Terbaik
  • Anugerah Skrip Terbaik
  • Anugerah Kesan Efek Terbaik
Filem Dokumentari
  • Anugerah Pengacara Terbaik
  • Anugerah Suntingan Terbaik
  • Anugerah Kreativiti Terbaik