BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

Contact Us

Contact Us

Any query please email to;

cerekapendekamanah@yahoo.com

or

contact;

i. Ridhwan – 019-215 9131

ii. Ehwan – 017-611 3580

Sunday, July 19, 2009

Pertanyaan

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada;

cerekapendekamanah@yahoo.com

atau

hubungi;

i. Ridhwan – 019-215 9131

ii. Ehwan – 017-611 3580

Hadiah

Malam Anugerah Ilham Kreatif 2009 dijangkakan pada 14 Oktober 2009, Rabu.

HADIAH PERTANDINGAN


i. Filem Pendek

Johan - Wang Tunai, Piala serta Sijil
Naib Johan - Wang Tunai, Piala serta Sijil
Ketiga - Wang Tunai, Piala serta Sijil

ii. Filem Dokumentari

Johan - Wang Tunai, Piala serta Sijil
Naib Johan - Wang Tunai, Piala serta Sijil
Ketiga - Wang Tunai, Piala serta Sijil

iii. Anugerah Khas

Filem Cereka Pendek

* Anugerah Pengarah Terbaik
* Anugerah Skrip Terbaik
* Anugerah Kesan Efek Terbaik

Filem Dokumentari

* Anugerah Pengacara Terbaik
* Anugerah Suntingan Terbaik
* Anugerah Kreativiti Terbaik

Syarat Penyertaan

PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Berkumpulan.
  2. Terbuka kepada semua pelajar Universiti Tenaga Nasional.
  3. Setiap kumpulan tidak melebihi lapan (8) orang ahli.
  4. Karya yang dipertandingkan mestilah karya yang belum diterbitkan dan belum menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini.
  5. Penyertaan mestilah dihantar oleh individu yang memegang hak cipta ke atas karya berkenaan.
  6. Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
  7. Bahan-bahan yang diterima tidak akan dikembalikan.
  8. Pihak penganjur berhak menggunakan penerbitan yang dikemukakan oleh peserta bagi tujuan siaran dan sebagainya (di televisyen atau di lain-lain tempat).
  9. Format karya bagi kategori Filem Cereka Pendek adalah seperti filem pendek dan mempunyai jangkamasa selama 10 hingga 20 minit selepas suntingan termasuk kredit. Manakala format bagi Filem Dokumentari pula mempunyai jangkamasa selama 10 hingga 20 minit selepas suntingan termasuk kredit.
  10. Hasil karya mestilah asli dan tidak mengandungi unsur-unsur plagiarisme dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
  11. Segala keperluan dan peralatan dalam penghasilan karya adalah tanggungan sendiri oleh kumpulan masing-masing.
  12. Semua penyertaan mestilah dirakamkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan mengandungi sarikata dalam Bahasa Melayu (kecuali bagi filem berbahasa Melayu).
  13. Setiap penyertaan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM20.00.
  14. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 September 2009.


KRITERIA PENGHAKIMAN

i. Karya yang menepati peraturan pertandingan, mempunyai jalan penceritaan yang menarik dan idea baru, menepati tema/tajuk serta mempunyai mesej yang murni akan dipertimbangkan sebagai pemenang.

ii. Keputusan para juri adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.


BORANG PENYERTAAN

Boleh didapati di booth promosi

atau

hubungi:

i. Ridhwan – 019-215 9131

ii. Ehwan – 017-611 3580

Pengenalan




PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

  1. Persatuan Pelajar Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional menganjurkan Pertandingan Cereka Pendek & Dokumentari UNITEN 2009.
  2. Program ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Tenaga Nasional.



TUJUAN

  1. Memberi ruang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka melalui penerbitan filem / video yang akan ditayangkan kepada umum.
  2. Menggalakkan dan mempromosi penerbitan filem / video pendek sebagai salah satu produk perfileman di Malaysia.
  3. Menggalakkan dan mempromosi filem / video pendek Malaysia untuk diketengahkan dan dipertandingkan di dalam festival-festival filem dalam mahupun luar negara.



OBJEKTIF

  1. Memperkukuhkan nilai-nilai dan identiti kebangsaan serta seni, budaya dan warisan peradaban bangsa melalui filem bagi melahirkan industri kandungan tempatan yang memiliki jati diri yang tinggi.
  2. Menerapkan sifat kepimpinan dan meningkatkan kreativiti para peserta.
  3. Menimbulkan kesedaran dalam diri peserta dan penonton melalui lakonan yang dipertandingkan.
  4. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.
  5. Menerapkan konsep kemanusiaan kepada peserta dan penonton melalui lakonan yang disampaikan.