BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 19, 2009

Pengenalan




PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

  1. Persatuan Pelajar Kelompok Amanah, Universiti Tenaga Nasional menganjurkan Pertandingan Cereka Pendek & Dokumentari UNITEN 2009.
  2. Program ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Tenaga Nasional.



TUJUAN

  1. Memberi ruang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka melalui penerbitan filem / video yang akan ditayangkan kepada umum.
  2. Menggalakkan dan mempromosi penerbitan filem / video pendek sebagai salah satu produk perfileman di Malaysia.
  3. Menggalakkan dan mempromosi filem / video pendek Malaysia untuk diketengahkan dan dipertandingkan di dalam festival-festival filem dalam mahupun luar negara.



OBJEKTIF

  1. Memperkukuhkan nilai-nilai dan identiti kebangsaan serta seni, budaya dan warisan peradaban bangsa melalui filem bagi melahirkan industri kandungan tempatan yang memiliki jati diri yang tinggi.
  2. Menerapkan sifat kepimpinan dan meningkatkan kreativiti para peserta.
  3. Menimbulkan kesedaran dalam diri peserta dan penonton melalui lakonan yang dipertandingkan.
  4. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.
  5. Menerapkan konsep kemanusiaan kepada peserta dan penonton melalui lakonan yang disampaikan.

0 comments: