BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 19, 2009

Syarat Penyertaan

PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Berkumpulan.
  2. Terbuka kepada semua pelajar Universiti Tenaga Nasional.
  3. Setiap kumpulan tidak melebihi lapan (8) orang ahli.
  4. Karya yang dipertandingkan mestilah karya yang belum diterbitkan dan belum menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini.
  5. Penyertaan mestilah dihantar oleh individu yang memegang hak cipta ke atas karya berkenaan.
  6. Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
  7. Bahan-bahan yang diterima tidak akan dikembalikan.
  8. Pihak penganjur berhak menggunakan penerbitan yang dikemukakan oleh peserta bagi tujuan siaran dan sebagainya (di televisyen atau di lain-lain tempat).
  9. Format karya bagi kategori Filem Cereka Pendek adalah seperti filem pendek dan mempunyai jangkamasa selama 10 hingga 20 minit selepas suntingan termasuk kredit. Manakala format bagi Filem Dokumentari pula mempunyai jangkamasa selama 10 hingga 20 minit selepas suntingan termasuk kredit.
  10. Hasil karya mestilah asli dan tidak mengandungi unsur-unsur plagiarisme dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
  11. Segala keperluan dan peralatan dalam penghasilan karya adalah tanggungan sendiri oleh kumpulan masing-masing.
  12. Semua penyertaan mestilah dirakamkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan mengandungi sarikata dalam Bahasa Melayu (kecuali bagi filem berbahasa Melayu).
  13. Setiap penyertaan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM20.00.
  14. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 September 2009.


KRITERIA PENGHAKIMAN

i. Karya yang menepati peraturan pertandingan, mempunyai jalan penceritaan yang menarik dan idea baru, menepati tema/tajuk serta mempunyai mesej yang murni akan dipertimbangkan sebagai pemenang.

ii. Keputusan para juri adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.


BORANG PENYERTAAN

Boleh didapati di booth promosi

atau

hubungi:

i. Ridhwan – 019-215 9131

ii. Ehwan – 017-611 3580

0 comments: